{"id":16582,"date":"2024-03-28T09:30:44","date_gmt":"2024-03-28T01:30:44","guid":{"rendered":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/?p=16582"},"modified":"2024-03-28T09:30:44","modified_gmt":"2024-03-28T01:30:44","slug":"unipsas-terima-sumbangan-wakalah-zakat-lebih-rm1-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/unipsas-terima-sumbangan-wakalah-zakat-lebih-rm1-juta\/","title":{"rendered":"UnIPSAS Terima Sumbangan Wakalah Zakat Lebih Rm1 Juta"},"content":{"rendered":"<p>KUANTAN, 28 MAC 2024 - Lebih RM1 juta kutipan wakalah zakat berjaya dikumpul Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) hasil sumbangan kira-kira 30 agensi di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UnIPSAS, Datuk Dr. Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, dianggarkan seramai 190 pelajar bakal menerima sumbangan zakat itu antara RM200 ke RM1,000 bergantung kelayakan.<\/p>\n\n\n\n<p><a><\/a>\u201cUnIPSAS percaya melalui sumbangan wakalah zakat itu dapat meringankan beban pelajar sekali gus menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam keadaan lebih baik daripada sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBersyukur ke hadrat Allah SWT kerana UnIPSAS mendapat perhatian kerajaan negeri terutama Tuanku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaginda dan kerajaan negeri sentiasa memberikan galakan kepada agensi-agensi di negeri ini untuk menyumbang ke arah memastikan hala tuju UnIPSAS termasuk dalam usaha meringankan beban pelajar-pelajar,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wakalah Zakat dan sambutan Nuzul Al-Quran peringkat UnIPSAS di sini semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Mohd. Zawavi berkata, dalam menentukan penerima, unit Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya memilih pelajar-pelajar asnaf tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPihak universiti adakan temuduga, maknanya tapisan kita buat sangat teliti bagi memastikan tidak ada yang mengambil dua kali. Kita juga nak pastikan penerima yang benar-benar layak dan mereka memerlukan tidak terlepas pandang daripada menerima agihan zakat tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJusteru itu, saya memberi jaminan kepada semua terutama ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sini, bahawa anak-anak pelajar asnaf di UnIPSAS tidak akan susah mahupun lapar kerana yang layak pasti menerima sumbangan,\u201d katanya. \u2013 UTUSAN<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN, 28 MAC 2024 - Lebih RM1 juta kutipan wakalah zakat berjaya dikumpul Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)...<\/p>","protected":false},"author":3,"featured_media":16583,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3,13],"tags":[],"class_list":["post-16582","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-berita-bergambar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16582","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16582"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16582\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16582"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16582"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16582"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}