{"id":18312,"date":"2025-06-12T17:00:00","date_gmt":"2025-06-12T09:00:00","guid":{"rendered":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/?p=18312"},"modified":"2025-06-13T07:07:11","modified_gmt":"2025-06-12T23:07:11","slug":"unipsas-dilantik-penggerak-utama-penubuhan-universiti-al-quran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/unipsas-dilantik-penggerak-utama-penubuhan-universiti-al-quran\/","title":{"rendered":"UnIPSAS Dilantik Penggerak Utama Penubuhan Universiti Al-Quran"},"content":{"rendered":"<p>KUANTAN, 12 JUN 2025 : Kerajaan Negeri Pahang telah melantik Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) sebagai penggerak utama dalam merealisasikan penubuhan sebuah universiti berteraskan Al-Quran di negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato\u2019 Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, pemilihan ini berdasarkan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri ini memiliki kapasiti dan kepakaran dalam bidang keilmuan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerlebih dahulu, kami ingin merakamkan penghargaan menjunjung kasih Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, atas cetusan idea penubuhan sebuah universiti berteraskan Al-Quran di Negeri Pahang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIdea ini telah dilontarkan secara rasmi semasa Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Kali ke-67 pada tahun 2024. Sesungguhnya, ini adalah cetusan ilham yang berpandangan jauh dan berpaksikan kepada kecintaan terhadap Al-Quran sebagai asas pembangunan ummah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenjunjung titah Baginda, Kerajaan Negeri Pahang telah mengorak langkah dengan melantik Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) sebagai penggerak utama dalam merealisasikan hasrat murni ini. Pemilihan UnIPSAS sebagai institusi pelaksana adalah sangat bertepatan, memandangkan kedudukan universiti ini sebagai institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri yang mempunyai kapasiti dan kepakaran dalam bidang keilmuan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCadangan penubuhan Universiti Al-Quran ini bukan sekadar membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan tinggi Islam, bahkan ia menjadi manifestasi komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan Al-Quran sebagai asas pembangunan insan, sosial dan tamadun negeri. Ini sejajar dengan aspirasi YAB Menteri Besar Pahang yang sentiasa menekankan bahawa pentadbiran negeri harus berpaksikan nilai-nilai Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, Universiti Al-Quran yang dicadangkan ini akan menawarkan pendekatan holistik, merangkumi aspek kurikulum, pembangunan pelajar, penyelidikan dan tadbir urus universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cObjektifnya adalah untuk melahirkan graduan profesional Muslim yang menjadikan Al-Quran sebagai asas pemikiran, akhlak, dan amal.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKurikulum yang dirancang akan merangkumi pelbagai bidang, daripada qiraat, tafsir, kaunseling Islam, dakwah digital, sains sosial, teknologi maklumat hingga ke program-program peringkat Doktor Falsafah, semuanya berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih istimewa, universiti ini dirancang untuk menjadi inklusif, membuka peluang kepada pelajar dari pelbagai latar belakang termasuk Orang Asli, mualaf, pelajar luar bandar, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lepasan tahfiz, agar mereka turut dapat menikmati pendidikan tinggi berkualiti yang bersifat rahmatan lil\u2019alamin,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, Kerajaan Negeri Pahang juga amat berharap perancangan menubuhkan universiti ini dapat direalisasikan dan mendapat sokongan daripada seluruh masyarakat dalam melahirkan graduan berteraskan Al-Quran.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mewakili Kerajaan Negeri Pahang amat berharap agar perancangan penubuhan Universiti Al-Quran ini dapat direalisasikan dengan jayanya melalui sokongan padu daripada semua pihak, terutamanya daripada pihak UnIPSAS yang kini giat menggerakkan usaha ini di bawah pimpinan YH Prof. Dato\u2019 Dr Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, barisan panel penilai serta semua pihak yang telah bersama menjayakan cita-cita murni ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita menyeru agar seluruh masyarakat, pihak korporat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan berganding bahu dalam menyokong pembangunan Universiti Al-Quran ini daripada segi sumber manusia, kewangan mahupun penyelidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemoga usaha ini dapat melahirkan graduan berteraskan Al-Quran seterusnya menjayakan cita-cita Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur,\u201d katanya selepas Perasmian Bengkel Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Siri II di Hotel Swiss Garden, Genting Highlands. -<\/p>\n\n\n\n<p>PAHANGMEDIA : Oleh : Ain Nadhirah Basha<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" data-id=\"18313\" src=\"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/UnIPSAS_2025-06-12-at-10.49.27-AM-1024x768-1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-18313\" srcset=\"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/UnIPSAS_2025-06-12-at-10.49.27-AM-1024x768-1.jpeg 1024w, https:\/\/uniqsaas.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/UnIPSAS_2025-06-12-at-10.49.27-AM-1024x768-1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/uniqsaas.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/UnIPSAS_2025-06-12-at-10.49.27-AM-1024x768-1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/uniqsaas.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/UnIPSAS_2025-06-12-at-10.49.27-AM-1024x768-1-16x12.jpeg 16w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p><em>Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad pada Perasmian Bengkel Jawatankuasa Khas Penilaian Cadangan Penubuhan Universiti Al-Quran Siri II di Hotel Swiss Garden, Genting Highlands.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUANTAN, 12 JUN 2025 : Kerajaan Negeri Pahang telah melantik Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) sebagai penggerak utama...<\/p>","protected":false},"author":4,"featured_media":18313,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3,13],"tags":[],"class_list":["post-18312","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-berita","category-berita-bergambar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18312","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=18312"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18312\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":18315,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/18312\/revisions\/18315"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media\/18313"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=18312"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=18312"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/uniqsaas.edu.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=18312"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}