
KUANTAN, 06 September 2026 – Alhamdulillah, seramai 17 orang pelajar Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah berangkat menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir bagi sesi akademik 2026/2027.
Rombongan pelajar diiringi oleh YBhg. Ustaz Mohd Shupian bin Majid, Pengarah Pusat Islam UNIQSAAS merangkap Penyelaras Urusan Pelajar yang menyambung pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Semoga perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan dan para pelajar terus cemerlang dalam keilmuan, berakhlak mulia serta mengharumkan nama UNIQSAAS di persada antarabangsa.
Mohon doa daripada semua agar mereka sentiasa dipelihara, dipermudahkan segala urusan dan berjaya mencapai cita-cita.
Selamat maju jaya dan selamat menuntut ilmu di bumi Anbiya.

