University Management

Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang,
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
DK., SAAS., SSAP., SIMP.
( Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang )
Biografi Canselor
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah diputerakan pada tanggal 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.

Baginda memulakan persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan Pahang pada tahun 2002 hingga 2005. Baginda kemudiannya menyambung pengajiannya ke Caldicott Preparatory School, London, United Kingdom pada tahun 2006 hingga 2009 dan Sherborne School, London, United Kingdom pada tahun 2009 hingga 2014. Baginda seterusnya menyambung pengajian di Geneva School Of Diplomacy And International Relation pada tahun 2015 hingga 2018 dan memperoleh Bachelor of Arts in International Relations.

Pada tanggal 27 September 2018, baginda telah mengikuti latihan “Initial Cadet Familiarsation Training Programme” di Kem Batu 10, Kuantan Pahang. Baginda kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia pada 31 Oktober 2018. Pada 18 Jun 2018, baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang. Baginda kini sedang mengikuti Kursus Commissioning Course, Royal Military Academy Sandhurst sehingga Disember 2019.

Baginda amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, baginda telah menyertai acara perlawanan amal “The Jerudong Park Polo Trophy” bersama His Royal Highness Prince William Duke Of Cambridge dan His Royal Highness Prince Harry di Cirencester Park Polo Club, England. Turut berangkat bersama menyaksikan perlawanan tersebut ialah Paduka Ayahanda, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Selain meminati sukan berkuda, baginda juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak dan sukan rakyat.
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang
Dato’ Sri DiRaja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail,
SDSA., SSAP., SUMW.,DSAP.,DIMP.,SMP.,AMP.
( Pro Canselor )
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigadier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni
Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah,
SSAP., SIMP.
( Pro Canselor )
Profesor Dato' Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin,
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang )
Perutusan Naib Canselor
Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, profail Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) ini dapat disediakan. Profail ini mencoretkan sedikit sebanyak perkembangan UNIQSAAS setelah kelulusan perakuan pendaftaran sebagai universiti penuh diterima pada tarikh bersejarah 30 September 2021.

UNIQSAAS telah berada dalam persada industri pendidikan tinggi sejak penubuhannya tahun 1996 sebagai Kolej Islam Pahang (KIP). UNIQSAAS telah mendepani pelbagai cabaran dan halangan sepanjang tempoh 27 tahun beroperasi. Alhamdulillah, segala cabaran telah dihadapi dengan positif, semua halangan telah diganti sebagai peluang, dan natijahnya UNIQSAAS kini berdiri sebagai sebuah universiti penuh. Kejayaan yang dicapai ini dengan berkat sokongan dan kerjasama pemegang taruh serta warga UNIQSAAS.

Kini, UNIQSAAS perlu terus bergerak ke hadapan untuk menjadi sebuah universiti Islam yang ulung di tanah air. Dengan adunan program pengajian akademik yang menggabungkan ilmu naqli dan aqli sebagai niche utama, ditambah dengan niche tambahan iaitu kepakaran Jawi dan ilmu Hadis, UNIQSAAS percaya bahawa ilmu pengajian Islam di peringkat tertiari akan terus dimartabatkan.

Berpegang kepada teras pendidikan Tadabbur (pemahaman mendalam terhadap al-Quran), Tarbiah (penerapan nilai murni) dan Tajdid (pembaharuan ilmu pengetahuan), UNIQSAAS yakin bahawa usaha memartabatkan pendidikan Islam ini tidak dapat dicapai tanpa sokongan semua pihak. Semoga maklumat terkandung dalam profail ini berupaya menjelaskan kepada pembaca mengenai UNIQSAAS, satu-satunya universiti milik penuh Kerajaan Negeri Pahang.

Patik mewakili UNIQSAAS merafak sembah menjunjung kasih kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas keprihatinan terhadap perkembangan UNIQSAAS dalam memacu pendidikan berteraskan Islam di negeri Pahang. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada YAB Menteri Besar Pahang, Kerajaan Negeri dan semua pihak kerana sentiasa mengambil berat, memberi sokongan dan kerjasama kepada UNIQSAAS dalam pelbagai aspek.

Sekian.

Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, DSAP., SMP., AMP.

Naib Canselor UNIQSAAS
YH. Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar
SSAP.,SIMP.,DSAP.,DIMP.,SMP.
( Pengerusi )
( Setiausaha Kerajaan Pahang )

YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.

YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad
SSAP., DIMP., AMP., AMN.
( Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang )

YBhg. Prof Dato’ Dr. Fariza Binti Md Sham
DIMP.
( Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM )

YH. Profesor Dato' Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang )
YBrs. Professor Dr. Zaid bin Ahmad

Profesor Jabatan Sejarah & Tamadun KIRKHS UIAM 
( Department of History & Civilization AbdulHamid AbuSulayman
Kulliyyah Of Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences
International Islamic University Malaysia )
YDH. Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
SSAP., SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
YH. Profesor Dato' Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang )

YBrs. Profesor Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh
Profesor UNIQSAAS
( Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang )

YH. Dato’ Dr. Hassan Basri Bin Awang Mat Dahan
DIMP.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMK
.
YH. Profesor Emeritus Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa bin Ishak
B.A. HONS (UKM), M.A.(YORK), PH.D.(LEEDS). AMP (HARVARD), PJN, DGPN, DSDK, DSPN, AMK, BKM.
Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
YBhg. Dato' Sri Ahmad Fuaad bin Mohd Kenali
SSAP., DIMP.
( Chief Executive Officer Dura Technology Sdn Bhd )

YH. Tok Muda Dato' Haji Ahmad Hairi bin Haji Hussain
DSAP.,DIMP.,SAP.,AMP.,PKC.
( Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang )

YBhg. Encik Ahmad Rizal Bin Adnan
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
(Governan dan Pembangunan)
YBrs. Tuan Haji Zamri bin Md. Isa
Pengarah Pendidikan 
( Jabatan Pendidikan Negeri Pahang )
YH. Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman
DSAP., DIMP., SAP., AAP.
( Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang )
YH. Dato’ Indera Mahmud Bin Mohd Nawawi
DIMP., AMP.
( Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang )
Haji Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor
( Pendaftar )
YH. Profesor Dato' Dr Haji Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin
DSAP., SMP., AMP.
( Naib Canselor Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang)
( Pengerusi Mesyuarat Senat )

Haji Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor
( Pendaftar )
( Setiausaha Mesyuarat Senat )
YBrs. Prof. Madya. Dr. Muhammad Fadlly Bin Ismail
AMP.
( Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs. Prof. Madya. Dr. Ahmad Effat Bin Mokhtar
AMP.
( Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs. Prof. Madya Dr. Norahida binti Mohamed
( Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs. Dr. Nurul Khair binti Ishak
( Dekan Fakulti Pengurusan dan Informatik )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs Prof Madya Dr . Jelani Bin Sulaiman
( Dekan Fakulti Bahasa Dan Asasi )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs. Dr. Safiah binti Abd Razak
( Dekan Fakulti Pengajian Islam )
( Ahli Mesyuarat Senat )
En. Mohd Saifuddin bin Abdul Karim
( Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang )
( Ahli Mesyuarat Senat )
Ybrs. Dr. Siti Nora’aeshah Binti Zakari
( Dekan Akademi Pengajian Quran dan Sunnah )
( Ahli Mesyuarat Senat )
YBrs. Prof Madya Dr. Fahmi Zaidi Bin Abdul Razak
( Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah )
( Ahli Mesyuarat Senat )
Pn. Zarina binti Kamarozaman
( Pengarah Pusat Perancangan Strategik )
( Ex-Officio Mesyuarat Senat )
Ybrs. Dr. Nur Yani binti Che Hussin
( Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan )
( Ex-Officio Mesyuarat Senat )
Ybrs. Profesor Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh
( Pensyarah Fakulti Dakwah, Pendidikan dan Peradaban Islam )
( Profesor UnIPSAS )
Pn. Azrianie Binti Roslan
( Ketua Pustakawan )
( Ex-Officio Mesyuarat Senat )
Pn. Nor Azah binti Abdul Jalil
( Bendahari )
( Ex-Officio Mesyuarat Senat )
Puan Azriana Binti Ridouan
( Penasihat Undang – Undang )
( Ex-Officio Mesyuarat Senat )
En. Mohd Firdaus bin Mohamed Rodzali
( Penolong Pendaftar Akademik )
( Urus Setia Mesyuarat Senat )

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
(Dahulu dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS))

km 8, Jalan Gambang, 25150 Kuantan, Pahang.

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-down
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok