Mini Konvokesyen Raikan Graduan UnIPSAS

20 SEPTEMBER 2022 (KUANTAN) - Majlis Mini Konvokesyen telah dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Islam (FPI) UnIPSAS bagi meraikan 16 orang graduan yang tidak dapat menghadiri Istiadat Konvokesyen Ke-19 UnIPSAS pada Oktober nanti.

Mereka merupakan graduan diploma dalam bidang Muamalat, Syariah, Quran Sunnah, Bahasa Arab dan Dakwah yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda pada tahun ke-2 dan tahun ke-3 di Universiti Mu'tah Jordan dan Universiti Al-Azhar Mesir.

Penghantaran graduan UnIPSAS ke negara Mesir dan Jordan ini merupakan pengiktirafan yang diterima melalui Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani di antara UnIPSAS dengan universiti berkenaan.

Dalam majlis tersebut, diploma telah disampaikan oleh Naib Canselor UnIPSAS, Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Timbalan Dekan serta pensyarah-pensyarah FPI.

Tahniah diucapkan kepada semua graduan.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok