Program Pembangunan Modal Insan

30 OKTOBER 2022 (GRIK) - Seramai 30 Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) telah terpilih untuk menyertai Program Pembangunan Modal Insan Siri 1.0 yang diadakan di Tasik Banding, Grik, Perak.

Program selama 3 hari itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama berpasukan, mengeratkan hubungan silaturrahim serta meningkatkan perkongsian ilmu dalam kalangan peserta.

Program dianjurkan oleh Pusat Islam UnIPSAS dengan kerjasama Masjid UnIPSAS ini melibatkan aktiviti Slot Motivasi, Aktiviti Kerohanian, Berakit, Memancing, 'Water Confident', Lawatan Ke Kampung Orang Asli, Memancing, Treking ke Santuari Ikan Sungai Ruok dan Kembara ke Air Terjun Sungai Kooi.

Turut serta dalam program ini ialah Naib Canselor UnIPSAS, YH. Prof. Madya Dato' Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan Pendaftar, YBrs. Dr. Muhammad Hafiz bin Yaakob.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok