Kejohanan Bola Tampar Terbuka Temerloh

Pasukan bola tampar KUIPSAS telah menghantar penyertaan di kejohanan bola tampar terbuka Temerloh yang telah diadakan pada 24 – 25 Disember 2016 bertempat di SMK Hwa Lian, Mentakab.Kejohanan ini disertai sebanyak 16 pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dari pelbagai negeri. Pasukan KUIPSAS diwakili oleh pelajar daripada pelbagai jurusan diploma mahupun ijazah dan dari semester pertama hingga semester ke-4. Penyertaan KUIPSAS dalam kejohanan seperti ini adalah baik untuk pendedahan dan persediaan pemain ke peringkat yang lebih tinggi di samping dapat  mengasah bakat  yang ada dan meningkatkan prestasi semasa.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok