Gotong Royong Ceriakan Persekitaran Masjid KUIPSAS

28 Julai 2020 (KUANTAN) - Anggota Kerja KUIPSAS (AKK) lelaki hari ini bergabung tenaga menjalankan aktiviti gotong royong bagi mengindahkan persekitaran Masjid KUIPSAS. Aktiviti gotong royong ini dilakukan kepada pagar di sekeliling Masjid KUIPSAS dengan dicat semula supaya kelihatan lebih ceria di mata ahli jemaah yang hadir menunaikan ibadah solat.

Gotong royong juga diadakan sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan tiba beberapa hari lagi. Sempena Hari Raya Aidil Adha, Masjid KUIPSAS akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha, Solat Fardhu Jumaat dan ibadah korban 3 ekor kerbau dan lembu pada Hari Tasyrik ke-3.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok