Kelas Intensif Al-Quran 2.0 Masjid KUIPSAS

Alhamdulillah Koperasi Masjid KUIPSAS yang dipandu oleh Pengerusi YH Dato' Haji Yahya bin Zainal Abidin telah berjaya menganjurkan program *Kelas Intensif al-Quran 2.0* untuk tahun yang kedua berturut-turut. Program ini datang dalam 2 pakej iaitu *Kelas Talaqqi Musyafahah* serta *Kelas Smart Tajweed* selama *10 hari* bermula *14 - 15 Dis 2017* bertempat di Masjid KUIPSAS. Penyertaan adalah seramai *140 orang* daripada pelbagai latar belakang.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu Tajwid al-Quran secara keseluruhan serta teknik sebenar bertalaqqi al-Quran dengan guru-guru yang mutqin, disamping memperkenalkan program pengajian al-Quran bagi golongan dewasa yang sudah hampir *2 tahun* dilaksanakan di Masjid KUIPSAS. Alhamdulillah ianya masih terus berjalan hingga sekarang.

     

     

     

     

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok