KUIPSAS Dan UPSI Bekerjasama Tawarkan PHD

4 Mac 2019 (TANJONG MALIM) - KUIPSAS dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersetuju untuk berkerjasama bagi menawarkan program pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD). UPSI akan menawarkan program yang dinamakan SmartPhD dan KUIPSAS akan menyediakan tempat pengajian. Mod pengajian secara penyelidikan ini akan menyaksikan pensyarah-pensyarah UPSI hadir ke KUIPSAS untuk mengendalikan kursus dan bimbingan kajian. Program SmartPhD ini meletakkan sasaran pelajar boleh menghantar tesis selepas 2 tahun pengajian.

Dalam sesi kunjungan hormat dan perbincangan, delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YH. Dato' Haji Yahya bin Zainal Abidin dan disertai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Dr. Rosli bin Omar, Dekan Fakulti Pengajian Islam, Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar serta Dekan Fakulti Pengajian Pengurusan, En. Mohd Hafiz bin Yaakob. Delegasi UPSI pula terdiri daripada Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar bin Sabran, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Pengantarabangsaan) Prof. Dr. Mohd Sahandri Gani bin Hamzah dan Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Prof. Madya Dr. Ramlee bin Ismail.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok