KUIPSAS Hadiri Mesyuarat Penyelarasan Dasar Pelajar Ke Timur Tengah

9 Oktober 2019 (PUTRAJAYA) - KUIPSAS hadiri Mesyuarat Penyelarasan Dasar dan Panduan berhubung permohonan pelajar ke Timur Tengah khususnya negara Mesir, Jordan dan Morocco yang diadakan pada hari ini di Jabatan Pendidikan Tinggi, Presint 5, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Mesyuarat bertujuan untuk menyelaraskan dasar-dasar yang berkaitan serta menetapkan garis panduan supaya penghantaran pelajar Malaysia ke Timur Tengah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

KUIPSAS diwakili oleh Ustaz Abdul Halim bin Abdul Karim (Jabatan Syariah) dan Ustaz Mohd Shupian bin Majid (Jabatan Bahasa Arab). Untuk rekod, KUIPSAS menghantar pelajar-pelajar lepasan Diploma dalam bidang Pengajian Islam untuk menyambung pengajian di negara Mesir dan Jordan.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok