KUIPSAS Mula Hasilkan Face Shield

30 Mac 2020 (KUANTAN) - Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) KUIPSAS hari ini memulakan kerja-kerja awal bagi menyediakan '𝘍𝘒𝘀𝘦 𝘚𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯' untuk digunakan oleh petugas-petugas barisan hadapan '𝘧𝘳𝘰𝘯𝘡𝘭π˜ͺ𝘯𝘦𝘳𝘴' bagi memerangi penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri Pahang.

Gerak kerja ini dimulakan selepas KUIPSAS dilibatkan dalam penugasan di bawah penyelarasan yang dibuat bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang. '𝘍𝘒𝘀𝘦 𝘚𝘩π˜ͺ𝘦𝘭π˜₯' yang telah siap kemudiannya nanti akan diserahkan kepada Pejabat SUK Pahang sebelum diagih-agihkan kepada petugas-petugas kesihatan barisan hadapan '𝘧𝘳𝘰𝘯𝘡𝘭π˜ͺ𝘯𝘦𝘳𝘴'.

Gerak kerja yang lebih menyeluruh bagi mencapai bilangan sasaran harian yang ditetapkan akan dilakukan selepas ini dengan memanfaatkan tenaga-tenaga sukarelawan dalam kalangan pelajar-pelajar KUIPSAS yang tinggal di asrama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.

 

πŸ“ Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

πŸ“ž Phone: +609 553 5555
πŸ“§ Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright Β© 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok