Kunjungan Hormat SMK Gudang Rasau

08 September 2020 (KUANTAN) - Rektor Kuipsas, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin hari ini menerima kunjungan hormat daripada En. Mohamed Nazim bin Ismail, Pengetua Sek. Men. Keb. Gudang Rasau (SEGRA). Kunjungan bermula jam 11.00 pagi itu berlangsung selama satu jam dan turut dihadiri oleh En. Chek Zainon bin Shafie, Penolong Kanan Pentadbiran dan En. Mohammad Nasri bin Mustafa Hilmi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM).

Kunjungan hormat diadakan oleh En. Mohamed Nazim selepas beliau dilantik sebagai Pengetua SEGRA pada Februari lalu bagi mengeratkan hubungan di antara kedua-dua pihak yang terletak secara berdekatan dari segi jarak. Rektor KUIPSAS dan Pengetua SEGRA bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam apa jua bentuk yang akan memberikan manafaat kepada pelajar-pelajar sekolah berkenaan serta mahasiswa KUIPSAS.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok