Kursus Transformasi - I Minda

28 Oktober 2021 (KUANTAN) - KUIPSAS selesai mengadakan program Kursus Trasnformasi - i Minda Universiti Penuh selama dua hari yang berakhir pada hari ini. Kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia KUIPSAS itu disertai oleh semua kakitangan sokongan KUIPSAS bertempat di Hotel Grand Darulmakmur Kuantan.
Kursus diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengukuhkan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta KUIPSAS selepas KUIPSAS membuka semula operasinya dengan kehadiran penuh kakitangan sokongan kerana negeri Pahang sudah beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.
Dalam masa yang sama, peserta kursus juga dipersiapkan minda untuk menghadapi suasana kerja yang baharu sebaik sahaja KUIPSAS akan menjadi Universiti Penuh dalam masa terdekat.
Kursus dikendalikan oleh dua penceramah iaitu Tuan Nor Naemi bin Hj. Md Som dan Puan Noor Karimah binti Harun daripada MSQ Power Training.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok