Mahasiswa Sabah Hadiri Ramah Mesra

18 DISEMBER 2022 (KUALA TERENGGANU) - Seramai 10 orang mahasiswa dan mahasiswi UnIPSAS yang berasal dari negeri Sabah telah menghadiri Majlis Ramah Mesra YB. Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas Dan Penyelarasan Sabah Bersama Mahasiswa/Mahasiswi Sabah IPT Zon Timur.

Majlis yang diadakan di Raia Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu itu dikendalikan oleh Puan Bahiwata Sayangan Binti Haji Mulia, Pengurus Kumpulan Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah selaku wakil kepada YB. Menteri.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), En. Abi Sofian bin Abdul Aziz (Penolong Pendaftar HEPA) dan En. Muhd Ilham bin Ciding (Penyelaras Kelab Borneo).

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok