Mufti Pahang Sampaikan Bicara Fajar

11 September 2020 (KUANTAN) - Sahibus Samahah Mufti Negeri Pahang, YH. Dato' Sri Dr. Hj. Abdul Rahman bin Osman hari ini menyampaikan pengisian dalam program Bicara Fajar yang diadakan di Masjid KUIPSAS. Program yang diadakan selepas Solat Fardhu Subuh itu dihadiri oleh semua pelajar KUIPSAS dan masyarakat setempat.

Dalam program Bicara Fajar tersebut, Sahibus Samahah Mufti menghuraikan kepentingan berzikir sebagai amalan harian setiap umat Islam dengan merujuk kepada buku "Zikrullah, Kepentingannya Dalam Pembersihan Jiwa Mukmin" terbitan Jabatan Mufti Negeri Pahang.

Dalam program tersebut, Sahibus Samahah Mufti turut melancarkan Kempen Solat Fardhu Isyak dan Subuh Secara Berjemaah bagi menggalakkan pelajar-pelajar baharu KUIPSAS sentiasa hadir ke masjid untuk menunaikan ibadah solat di KUIPSAS.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok