Pelantikan Pegawai KUIPSAS Menganggotai Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah Negeri Pahang

25.9.2018 - Pegawai KUIPSAS terdiri Ybhg. Dr. Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Rektor Akademik & Pengantarabangsaan dan Ybhg. Encik Wan Emril Nizam bin Wan Embong, pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam telah dilantik meanggotai Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah Negeri Pahang bertempat di Pusat Pemulihan Aqidah Baitul Iman Ulu Yam, Selangor.

Dalam majlis itu satu taklimat berkaitan peranan dan fungsi Pusat Pemulihan Aqidah di Selangor untuk diaplikasikan di Negeri Pahang. Turut hadir bersama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama dan Adat Resam Melayu Pahang, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, dan Sahibus Samahah, Mufti Negeri Pahang YDH Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Osman.Warga KUIPSAS mengucapkan tahniah kepada pegawai yang dilantik.

   

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok