Program Tazkiyah AN-NAFS (Penyucian Jiwa) Klien Aadk Daerah Pekan

28 Disember 2021 (PEKAN) - Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pekan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Negeri Bebar, Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), dan Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Pekan (JKPD) telah menganjurkan program Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) Klien AADK Daerah Pekan.

Program dirasmikan oleh YB. Datoโ€™ Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Arif, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Pahang, merangkap ADUN Kawasan Bebar.

Program Tazkiyah An-Nafs (Penyucian Jiwa) ini dianjurkan kepada belia yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah bagi mewujudkan rasa keinsafan seterusnya menangani pengaruh negatif tersebut.Seramai 26 orang pensyarah FPI UnIPSAS dan 6 orang pelajar Jabatan Dakwah telah mengendalikan slot pengisian kepada klien AADK seperti garis kehidupan, ceramah pembangunan jiwa apabila diuji, solat tiang agama, tahsin surah al-Fatihah, praktikal solat dan edaran soal selidik.

๐Ÿ“ Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

๐Ÿ“ž Phone: +609 553 5555
๐Ÿ“ง Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright ยฉ 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok