Semarak Jawi Daerah Maran

22 Oktober 2020 (MARAN) - Institut Jawi KUIPSAS telah dijemput untuk memberikan pengisian dalam program Semarak Jawi Peringkat Daerah Maran yang dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Maran dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran pada hari ini.

Program yang diadakan di Auditorium al-Ghazali PAID Maran telah dikendalikan oleh dua orang pensyarah KUIPSAS iaitu Pn. Nurizan binti Baharum dan Pn. Seriayuna binti Sa'don Zubir yang juga merupakan Munsyi Jawi Pahang.

Semarak Jawi Daerah Maran ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai Tulisan Jawi yang diperbaharui di samping menjadi usaha untuk mengekalkan dan memperkasakan tradisi serta budaya yang membentuk negara Malaysia ini.

Pihak Perpustakaan Awam Maran turut mengadakan Kuiz Jawi kepada peserta yang hadir. Program mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, wakil agensi dan masyarakat setempat.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok