Tahniah Graduan Ijazah Quran Sunnah KUIPSAS-USIM

26 November 2019 (NILAI) - Seramai 20 orang mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah Secara Kerjasama KUIPSAS-USIM menerima ijazah masing-masing dalam Majlis Konvokesyen ke-17 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diadakan pada hari ini di Kampus USIM Nilai. Mereka yang merupakan kumpulan ke-3 program ini menerima ijazah masing-masing selepas melengkapkan pengajian di KUIPSAS yang menawarkan program ini dengan kerjasama USIM.

Didoakan semua graduan akan terus maju jaya dalam apa jua yang diceburi selepas ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan kepada ummat dan agama Islam.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok