Hudan linnas (petunjuk kepada semua manusia) adalah semangat yang berakarkan ayat 185 surah al-baqarah & ayat 4 surah Ali ‘Imran, bagi melambangkan petunjuk berasaskan Al-Quran membentuk karakter, akhlak, kepimpinan dan kecemerlangan insan.
Rehal Al-Quran adalah suatu perlambangan bagi menjunjung kemuliaan wahyu dan mengangkat kalam Allah sebagai asas peradaban luhur. Dua papan rehal bersilang menunjukkan keseimbangan ilmu naqli dan aqli.
Perkataan UNIQSAAS adalah merupakan akronim bagi Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang.