Tiada Ncr Dalam Audit SIRIM

20 DISEMBER 2022 (KUANTAN) - Audit Pematuhan SIRIM yang berjalan selama 2 hari telah selesai dengan mencatatkan tiada penemuan ketidakpatuhan yang dilaporkan.

Audit dijalankan bertujuan untuk menyemak pematuhan kepada pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan Pensijilan MS 1900 : 2014 dan ISO 9001 : 2015.

Pasukan Auditor SIRIM yang diketuai oleh Hjh. Hanida Bt. Ghazali dan dibantu oleh En. Mohd Hisyam Bin Mahadi turut melaporkan 6 Peluang Penambahbaikan bagi memastikan UnIPSAS akan dapat memperbaiki mutu perkhidmatannya.

Audit yang dijalankan telah memberikan tumpuan kepada skop Rekabentuk dan Pembangunan Program, Pemberian Perkhidmatan Pendidikan dan Proses-Proses Sokongan kepada semua program Diploma yang ditawarkan di UnIPSAS.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok