Majlis Penyerahan Wakalah Zakat Kepada Pelajar UNIQSAAS

KUANTAN, 07 Mei 2026 - Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) telah mengadakan Majlis Penyerahan Wakalah Zakat kepada pelajar UNIQSAAS bertempat di Dewan Barakah pada hari ini.

Seramai 23 orang penerima yang terdiri daripada pelajar Asasi Sains Kemanusiaan berstatus asnaf dan B40 telah menerima sumbangan wakalah zakat hasil sumbangan individu persendirian. Setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM200 bagi membantu meringankan beban kewangan serta kebajikan pelajar.

Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNIQSAAS.

Dalam amanat beliau, YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Effat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penyumbang yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan pelajar. Beliau turut berpesan agar para penerima menggunakan wang zakat yang diterima dengan sebaiknya untuk keperluan pembelajaran dan perkara-perkara yang bermanfaat serta mengelakkan pembaziran.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Pejabat HEPA sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak atau masyarakat yang ingin menyumbang kepada pelajar melalui saluran yang betul dan teratur demi memastikan kebajikan mahasiswa terus terpelihara.

Pejabat HEPA juga komited dalam memastikan aspek kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian khususnya kepada pelajar yang memerlukan agar mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih selesa, sempurna dan cemerlang.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah YBhg. Ustazah Nur Afiqah Foo binti Muhammad Furqan Foo, Pegawai Tadbir Tarbiyyah & Disiplin HEPA serta Encik Khairul Rijal bin Datoโ€™ Haji Abdu Rahman.

๐Ÿ“ Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

๐Ÿ“ž Phone: +609 553 5555
๐Ÿ“ง Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright ยฉ 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok