Pejabat Pendaftar KUIJSI Adakan Lawatan Penanda Aras Ke UNIQSAAS

KUANTAN, 18 November 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menerima kunjungan delegasi Pejabat Pendaftar Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) sempena lawatan penanda aras yang bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi serta membuka ruang perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam pengurusan pentadbiran universiti.

Lawatan ini menjadi platform pertemuan profesional bagi kedua-dua institusi untuk bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan tadbir urus dan pengurusan pentadbiran institusi pendidikan tinggi.

Melalui sesi perkongsian dan perbincangan yang diadakan, delegasi KUIJ berpeluang mendapatkan gambaran mengenai pendekatan pengurusan dan amalan kerja di UNIQSAAS, di samping bertukar pandangan berhubung usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta keberkesanan pengurusan organisasi.

Inisiatif lawatan penanda aras seumpama ini mencerminkan komitmen kedua-dua institusi dalam membudayakan perkongsian ilmu, penambahbaikan berterusan dan pengukuhan jaringan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi.

UNIQSAAS merakamkan penghargaan atas kesudian delegasi Pejabat Pendaftar Kolej Universiti Islam Johor mengadakan lawatan ini. Diharapkan hubungan yang terjalin dapat diteruskan melalui perkongsian kepakaran dan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi.

UNIQSAAS – Al-Quran Diperkukuh, Sunnah Diperteguh.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok