UNIQSAAS, DBP Meterai Memorandum Persefahaman, Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik

KUALA LUMPUR, 29 Oktober 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersempena dengan Majlis Hari Digital DBP yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP, hari ini.

MoU tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UNIQSAAS, YH. Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan Ketua Pengarah DBP, YBhg. Datuk Dr. Hazami bin Jahari.

Majlis menandatangani MoU itu turut diiringi oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UNIQSAAS, Prof. Madya Dr. Norahida binti Mohamed, serta disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak.

Pemeteraian MoU ini merupakan langkah strategik dalam memperkukuh hubungan antara kedua-dua institusi serta membuka ruang kepada pelaksanaan kerjasama dalam bidang yang dipersetujui bersama. Usaha ini juga berpotensi memperluas jaringan institusi dan menyokong perkembangan ilmu, pendidikan serta pemerkasaan bahasa.

Majlis Hari Digital DBP turut menampilkan pelbagai pengisian, termasuk pelancaran Rancangan Strategik DBP 2026–2030, Pelan Komunikasi DBP, Pelan Perniagaan DBP dan Pelan Pengiktirafan DBP. Program berkenaan turut diserikan dengan perkongsian ilmu berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam industri jingga, perkongsian ilmu oleh penerima geran penyelidikan DBP serta forum digital mengenai kecerdasan buatan dalam pengkaryaan.

Penyertaan UNIQSAAS dalam majlis ini mencerminkan komitmen universiti untuk memperkukuh hubungan strategik dengan institusi berkaitan, di samping meneroka peluang kerjasama yang dapat menyokong pembangunan akademik dan pengembangan ilmu.

UNIVERSITI AL-QURAN AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH PAHANG (UNIQSAAS)

Al-Quran Diperkukuh, Sunnah Diperteguh.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok