Kerjasama Strategik UNIQSAAS & CFS IIUM Gambang ( ICFSE 2026 )

KUANTAN, 13 Oktober 2026 - Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Centre for Foundation Studies (CFS), International Islamic University Malaysia (IIUM) Gambang selaku penganjur International Conference on Future and Sustainable Education (ICFSE 2026) pada 12–13 Oktober 2026. Persidangan ini turut melibatkan Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin, Indonesia sebagai kolaborator antarabangsa.

Kerjasama ini diperkukuh melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIQSAAS dan CFS IIUM Gambang yang dihadiri oleh Naib Canselor UNIQSAAS, YH. Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Profesor Madya Dr. Norahida binti Mohamed, serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), YBrs. Dr. Nur Yani binti Che Hussin.

Dalam persidangan ini, sebanyak lima (5) pembentangan penyelidikan telah disampaikan oleh wakil UNIQSAAS. Selain itu, dua ahli akademik UNIQSAAS, iaitu YBrs. Profesor Madya Dr. Jelani bin Sulaiman dan YBrs. Profesor Madya Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak, turut menyumbang kepakaran sebagai juri penilai ICFSE 2026.

RMC UNIQSAAS memainkan peranan dalam menyelaras penglibatan penyelidik, memudah cara kerjasama antara institusi serta memperkukuh jaringan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Semoga kolaborasi ini membuka lebih banyak peluang perkongsian kepakaran dan penyelidikan bersama yang berkualiti serta berimpak.

Memperkasa Jaringan, Memacu Penyelidikan Berdampak.

πŸ“ Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

πŸ“ž Phone: +609 553 5555
πŸ“§ Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright Β© 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok