
KUANTAN, 13 Oktober 2026 - Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Centre for Foundation Studies (CFS), International Islamic University Malaysia (IIUM) Gambang selaku penganjur International Conference on Future and Sustainable Education (ICFSE 2026) pada 12β13 Oktober 2026. Persidangan ini turut melibatkan Universitas Lambung Mangkurat, Banjarmasin, Indonesia sebagai kolaborator antarabangsa.
Kerjasama ini diperkukuh melalui Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UNIQSAAS dan CFS IIUM Gambang yang dihadiri oleh Naib Canselor UNIQSAAS, YH. Profesor Datoβ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBrs. Profesor Madya Dr. Norahida binti Mohamed, serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), YBrs. Dr. Nur Yani binti Che Hussin.
Dalam persidangan ini, sebanyak lima (5) pembentangan penyelidikan telah disampaikan oleh wakil UNIQSAAS. Selain itu, dua ahli akademik UNIQSAAS, iaitu YBrs. Profesor Madya Dr. Jelani bin Sulaiman dan YBrs. Profesor Madya Dr. Fahmi Zaidi bin Abdul Razak, turut menyumbang kepakaran sebagai juri penilai ICFSE 2026.
RMC UNIQSAAS memainkan peranan dalam menyelaras penglibatan penyelidik, memudah cara kerjasama antara institusi serta memperkukuh jaringan akademik di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Semoga kolaborasi ini membuka lebih banyak peluang perkongsian kepakaran dan penyelidikan bersama yang berkualiti serta berimpak.
Memperkasa Jaringan, Memacu Penyelidikan Berdampak.






