UNIQSAAS Terima Kunjungan Delegasi Kesultanan OMAN Dan Pusat Penyelidikan OMAN IIUM

KUANTAN, 15 Oktober 2026 - Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

PAHANG, 15 Oktober 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) menerima kunjungan hormat delegasi daripada Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Kesultanan Oman, bersama wakil Pusat Penyelidikan dan Pengajian Oman (Omani Research and Studies Centre, ORSC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dalam satu lawatan strategik yang berlangsung di Dewan Senat, UNIQSAAS, pada Khamis.

Kunjungan yang dijadualkan bermula pada pukul 10.00 pagi itu melibatkan empat orang delegasi, terdiri daripada dua wakil Kesultanan Oman dan dua wakil ORSC, IIUM.

Delegasi Kesultanan Oman diketuai oleh Sheikh Abdul Rahman Al-Khalili, Pengarah Jawatankuasa dan Hubungan Luar, Pejabat Mufti Besar Kesultanan Oman, bersama Dr. Saleh bin Sulaiman Al-Zuheimi, Ketua Pegawai Eksekutif Istiqamah Academy merangkap Ahli Lembaga Zakirat Oman.

Turut menyertai kunjungan ialah Profesor Dr. Rahmah bt. Ahmad H. Osman, Pengarah ORSC, IIUM, dan Br. Ammar Husaini bin Hasruldani, Setiausaha Pejabat ORSC, IIUM.

Lawatan strategik ini menjadi platform pertemuan antara delegasi Kesultanan Oman dan wakil ORSC, IIUM dengan pihak UNIQSAAS. Kunjungan tersebut turut mencerminkan hubungan antara institusi yang berkongsi perhatian terhadap bidang keilmuan Islam, penyelidikan dan pengajian berkaitan al-Quran.

UNIQSAAS mengalu-alukan kunjungan delegasi ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh jaringan hubungan dan membuka ruang kepada potensi kerjasama akademik serta penyelidikan pada masa hadapan.

Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus komited dalam memperkukuh kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi yang berteraskan al-Quran serta menjalin hubungan dengan institusi dan rakan strategik di peringkat serantau dan antarabangsa.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok