
KUANTAN, 12 November 2026 - Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada dua kumpulan penyelidik Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) atas kejayaan meraih DUA ANUGERAH EMAS dalam pertandingan inovasi i3EC’26: International Invention, Innovation & Entrepreneurship Idea Competition 2026.
ANUGERAH EMAS – SIPES 2.0
Pasukan penyelidik:
1. Nurul Syuhadah binti Azalan
2. Abdul Halim bin Abdul Karim
3. Nurul Athirah binti Mohd Azmi
4. Nur Bahirah binti Baharum
5. Nurul Nadia binti Brahanuddin
ANUGERAH EMAS – NIMBLY
Pasukan penyelidik:
1. Nur Azreen binti Othman
2. Dr. Tengku Intan Nabilah binti Tengku Sulaiman
3. Aisyah Su'aida binti Mohammad Hizam
4. Che Nur Afiqah binti Mohammad
5. Abu Dzar bin Ahmad
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan keupayaan penyelidik UNIQSAAS dalam menghasilkan inovasi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UNIQSAAS amat menghargai usaha, kreativiti dan kesungguhan semua penyelidik yang terlibat dalam mengangkat kecemerlangan penyelidikan dan inovasi universiti.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi berkualiti, berimpak dan berpotensi untuk dikembangkan serta dikomersialkan pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah kepada kedua-dua pasukan!
Ikhlas daripada:
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi & Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UNIQSAAS



