KUIPSAS Bantu Mantapkan Solat Pelajar Sekolah

20 Februari 2019 (KUANTAN) - Seramai 195 orang pelajar Tingkatan 1 SMK Mat Kilau, Kuantan telah menyertai program Kem Pemantapan Solat Siri-2 bertempat di Surau Saidina Umar Al-Kattab. Program yang dijayakan oleh pelajar-pelajar Jabatan Dakwah KUIPSAS ini bertujuan untuk memberikan pemahaman konsep dan makna solat yang sebenar supaya pelajar-pelajar SMK Mat Kilau dapat melaksanakan ibadah khsusnya solat dengan lebih sempurna.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Di antaranya ialah Praktikal Amali Solat, Sesi Latihan Dalam Kumpulan dan Kuiz Spontan. Dalam ucapan Perasmian Penutupan program yang disampaikan oleh Haji Ahmad Jeffry bin Haji Ismail, Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) beliau mengucapkan syukur kerana dapat melaksanakan program sebegini kerana ianya amat penting dalam rutin kehidupan seharian setiap umat Islam. Beliau juga menyarankan pelajar supaya memastikan amalan solat dapat ditunaikan dengan dengan sempurna sebagaimana yang telah didedahkan dalam program ini.

SMK Mat Kilau Jabatan Dakwah Kuipsas

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok