English Language Festival (ELFest)

16 Februari 2019, Sabtu (KUANTAN) - Para pelajar tahun akhir Diploma Bahasa Inggeris KUIPSAS telah menganjurkan program English Language Festival di Dewan Utama KUIPSAS sebagai memenuhi keperluan wajib kursus. Program ini telah disertai oleh 40 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 3 yang terdiri daripada SMK Sg Soi dan SMK Gudang Rasau. Program ini telah menganjurkan dua aktiviti utama iaitu sesi perkongsian mengenai "Kepentingan Kemahiran Bertutur dalam Bahasa Inggeris oleh penceramah jemputan luar dan juga sesi "English Language Explorace" bersama para pelajar Diploma Bahasa Inggeris KUIPSAS.

Program yang mementingkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi seharian ini dilihat berjaya memupuk minat para peserta dalam penggunaan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi melalui permainan dan aktiviti dalam "English Language Explorace" terutamanya dalam komponen seperti "Vocabulary, Spelling, Listening, Speaking & Basic Grammar". Program ini juga telah berjaya membina kerjasama dan hubungan yang baik antara pelajar KUIPSAS dan masyarakat luar.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok