Amanat Rektor Bakar Semangat Atlet KUIPSAS

30 Oktober 2019 (KUANTAN) - KUIPSAS akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Networking Games MASISWA 2019 anjuran Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) yang akan berlangsung pada 31 Oktober hingga 3 November 2019 bertempat di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada kejohanan kali ini KUIPSAS akan menyertai 4 acara sukan iaitu Futsal, Badminton, Bowling dan Ping Pong yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang atlet. Kontinjen KUIPSAS diketuai oleh Pendaftar, Mejar Zamri bin Abdul Wahab selaku Chef de Mission (CDM).

Dalam Majlis Penyerahan Bendera KUIPSAS kepada kontinjen pada hari ini, Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin mengingatkan semua atlet supaya sentiasa menjaga nama baik KUIPSAS sepanjang kejohanan berlangsung. Beliau juga turut mendoakan penyertaan kali ini akan dapat membawa pulang pingat kemenangan dalam acara-acara yang disertai oleh KUIPSAS.

Selamat Maju Jaya Kontinjen KUIPSAS.

Majlis Sukan IPTS Malaysia

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok