Kunjungan Hormat Ke PAID Muadzam Shah

29 Oktober 2019 (MUADZAM SHAH) - Fakulti Pengajian Islam (FPI) adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Muadzam Shah hari ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, menyampaikan maklumat terkini mengenai KUIPSAS dan membincangkan kerjasama untuk menganjurkan program-program dakwah dan keagamaan kepada masyarakat di Muadzam Shah.

Delegasi KUIPSAS diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Fadlly bin Ismail (Dekan FPI) dan turut dihadiri oleh Ustaz Haizuran bin Mohd Jani (Ketua Jabatan Quran Sunnah), Ustaz Abdul Halim bin Abdul Karim (Ketua Unit Hubungan Luar FPI) dan En. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin (Pen. Pendaftar Perhubungan Korporat). Kunjungan Hormat ini disambut oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Muadzam Shah, Ustaz Hamdan Yusi bin Yusof dan turut disertai oleh pegawai dan kakitangan PAID Muadzam Shah.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok