Dua Pelajar UNIQSAAS Sertai Musabaqoh Tilawatil Qur'an (MTQ) Peringkat Provinsi Sumatera Utara

MEDAN, SUMATERA UTARA | 24 Jun 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) sekali lagi melakar penyertaan di peringkat antarabangsa apabila dua orang pelajarnya, Afni Siti Mashita dan Fajaruddin, daripada Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dengan Pengurusan Islam (Kepujian) telah mewakili penyertaan dalam Musabaqoh Tilawatil Qur'an (MTQ) Tahap 30 Juz Peringkat Provinsi Sumatera Utara yang berlangsung di Lapangan Astaka Pancing, Medan, Sumatera Utara, Indonesia pada 15 hingga 24 Jun 2026.

Penyertaan kedua-dua pelajar ini membuktikan komitmen UNIQSAAS dalam melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang al-Quran serta mampu bersaing di pentas antarabangsa. Seramai dua (2) orang peserta telah mewakili UNIQSAAS dalam pertandingan berprestij tersebut.

Dalam pertandingan berkenaan, Afni Siti Mashita telah berjaya meraih Juara Harapan 2, sekali gus mengharumkan nama universiti melalui pencapaian yang membanggakan.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok