Hala Tuju 2020 Dibentang Kepada Lembaga Pengarah Dan Pengelola

24 Disember 2019 (KUANTAN) - KUIPSAS mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 20 Disember 2019 dan Mesyuarat Lembaga Pengelola pada hari ini. Mesyuarat Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB) dipengerusikan oleh YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin Bin Ishak. Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri berfungsi untuk menentukan dasar dan hala tuju KUIPSAS sebagai sebuah IPT yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Pahang.

Mesyuarat Lembaga Pengelola pula dipengerusikan oleh YH. Prof. Dato' Dr. Muhamad Muda dan turut dihadiri oleh ahli-ahli akademik, Ketua-Ketua Jabatan dan Pengurusan Kanan KUIPSAS. Lembaga ini akan membantu dan memandu perjalanan KUIPSAS supaya dapat bergerak sebagai sebuah IPT di negara ini.

Kedua-dua mesyuarat telah menyemak pencapaian KUIPSAS sepanjang tahun 2019 dan memberikan pandangan serta membuat penetapan hala tuju dan fokus yang akan dilaksanakan oleh Pengurusan Kanan KUIPSAS bagi tahun 2020 ini.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok