Kunjungan Hormat Kepada Pengarah Pendidikan

20 Februari 2020 (KUANTAN) - KUIPSAS hari ini mengadakan Kunjungan Hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, YH. Dato' Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus di pejabatnya di Bandar Indera Mahkota. Delegasi KUIPSAS diketuai oleh Rektor, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin.

Kunjungan Hormat bertujuan untuk mengukuhkan hubungan baik di antara KUIPSAS dan JPNP di samping mengemukakan cadangan program-program kerjasama yang boleh dianjurkan secara bersama. Delegasi KUIPSAS turut disertai oleh Pendaftar, En. Mohd Zamri bin Wahab, Pegawai Psikologi, YBrs. Dr. Sharafuddin Aisa bin Osman dan Penolong Pendaftar Perhubungan Korporat, En. Muhammad Hisyamudin bin Baharudin.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
en_GBEnglish
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok