Solat Hajat Sempena Pembentangan Universiti Penuh

26 Februari 2021 (KUANTAN) - Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin mengimamkan Solat Hajat untuk memohon doa ke hadrat Allah SWT supaya diberikan kemudahan kepada KUIPSAS dalam Sesi Pembentangan Permohonan Naik Taraf KUIPSAS Ke Universiti Penuh.
Solat Hajat yang diadakan di Masjid KUIPSAS itu disertai oleh semua Anggota Kerja KUIPSAS.
Sesi Pembentangan Permohonan Naik Taraf KUIPSAS Ke Universiti Penuh adalah proses seterusnya selepas Dokumen Permohonan telah dihantar pada 28 Disember 2020 yang lalu.
Sesi Pembentangan yang akan diadakan pada 3 Mac 2021 nanti akan disampaikan oleh YB. Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd., anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang memiliki sepenuhnya KUIPSAS.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok