Lawatan Tapak Projek Pembinaan Asrama Baru

1 Mac 2021 (KUANTAN) - Lawatan Tapak Projek Pembinaan Asrama Baharu KUIPSAS diadakan pada hari ini susulan mesyuarat di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang pada 25 Februari 2021 yang lalu.
Lawatan Tapak yang bermula pada jam 9.30 pagi itu dihadiri oleh Rektor, Pengurusan Kanan dan kakitangan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan KUIPSAS.
Turut hadir adalah jurutera dan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Bangunan Pahang, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Pahang, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pahang, JKR Bahagian Senibina Pahang, JKR Kontrak & Ukur Bahan Pahang, JKR Struktur & Rekabentuk Pahang dan JKR Daerah Kuantan.
Projek pembangunan yang boleh menempatkan 1,000 orang pelajar bernilai RM30 juta ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh 3 - 4 tahun. Tapak projek yang terlibat ialah di kawasan bangunan lama, asrama Blok F dan kafeteria.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok