Majlis Penyerahan Bakul Makanan daripada Qatar Charity Berhad kepada Anggota Kerja UnIPSAS

KUANTAN, 07 Januari 2026 – Majlis Penyerahan Bakul Makanan daripada Qatar Charity Berhad kepada Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang terkesan banjir telah berlangsung dengan penuh lancar di Lobi Bangunan Canselori, UnIPSAS.

Delegasi Qatar Charity Berhad yang diketuai oleh Mohamad Said Al Hudzari, Pengurus Program Qatar Charity Berhad, hadir bagi menyampaikan sumbangan ini. Kehadiran delegasi tersebut disambut oleh Ybrs. Prof. Madya Dr. Muhammad Fadlly Bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa bersama Tuan Haji Mohd Faizul bin Haji Abdul Hadi Nor, Pendaftar UnIPSAS.

Sumbangan ini bukan sahaja meringankan beban warga yang terkesan, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara UnIPSAS dan Qatar Charity Berhad. Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok