
KUANTAN, 24 Jun 2026 – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung di kampus UNIQSAAS baru-baru ini.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua institusi di samping bertukar pandangan mengenai pembangunan pendidikan al-Quran, pengajian tahfiz serta usaha melahirkan generasi huffaz profesional yang mampu menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara.
Delegasi Darul Quran JAKIM telah diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa UNIQSAAS, program-program akademik yang ditawarkan serta peranan universiti sebagai Universiti Al-Quran pertama di Malaysia. Sesi perbincangan turut menyentuh potensi kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan, pembangunan kurikulum dan pemerkasaan pendidikan berteraskan al-Quran.
Kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa ekosistem pendidikan Islam negara serta melahirkan graduan yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.
Kunjungan ini diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama yang memberi manfaat kepada kedua-dua institusi serta menyokong agenda pembangunan pendidikan al-Quran di Malaysia.









