Bengkel Pembinaan Dan Pemurnian Dasar Penyelidikan & Inovasi

12 Januari 2021 (KUANTAN) - Bahagian Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI) KUIPSAS mengadakan Bengkel Pembinaan Dan Pemurniaan Dasar Penyelidikan dan Inovasi selama dua hari berakhir hari ini di Dewan Barakah KUIPSAS.
Bengkel ini didadakan bertujuan untuk merangka dan membina dasar-dasar dan garis panduan bagi hal ehwal penyelidikan dan inovasi supaya sesuai dengan visi dan misi KUIPSAS serta mendapatkan sudut pandangan pakar dalam pembinaan dasar penyelidikan.
Dasar dan garis panduan dilihat penting bagi memastikan Bahagian HEPI berada pada landasan yang betul dan terpandu dengan menyediakan rujukan tata urus dan tata kerja yang jelas dan bersistem supaya aktiviti pembangunan penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan oleh HEPI dapat ditadbir urus secara efektif.
Bengkel disertai 24 orang pegawai HEPI dan dikendalikan oleh YBrs. Dr. Muhamad bin Mat Noor dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) selaku Penilai Luaran dan dibantu oleh 2 orang Penilai Dalaman.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok