Bicara Intelek Kupas Islam Dan Perlembagaan

22 Februari 2020 (KUANTAN) - Pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah Dengan Pentadbiran Kehakiman, Jabatan Syariah dan Fakulti Pengajian Islam (FPI) KUIPSAS hari ini menganjurkan program Bicara Intelek - Islam Dan Perlembagaan. Program ini menampilkan Pakar Perlembagaan iaitu Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Pensyarah Kanan Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program ini dihadiri oleh semua pelajar dan pensyarah Jabatan Syariah dan turut disertai oleh Ahli Parlimen Belia Malaysia.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai isu dan persoalan berkaitan Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Agama Islam telah dikupas dan dihuraikan oleh penceramah. Di antaranya ialah masa depan lslam, Melayu & Perlembagaan, Statut Rom, ICERD, isu "Bin Abdullah", peranan Majlis Raja-Raja dalam memelihara agama Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok