Duta UAE Gembira Perancangan KUIPSAS Luaskan Jaringan Antarabangsa

24 SEPTEMBER 2021 (KUANTAN) – Tuan Yang Terutama Khalid Ghanim Al-Ghaith menyatakan rasa gembira dan bangga mengenai perancangan KUIPSAS untuk meluaskan lagi jaringan strategik di peringkat antarabangsa khususnya berkaitan dalam bidang akademik.
Justeru, selaku Duta UAE ke Malaysia, beliau akan mempertimbangkan permohonan dan bersedia untuk membantu KUIPSAS dalam memperkembangkan aspek pendidikan melalui program-program yang akan mengukuhkan hubungan di antara kedua-dua pihak.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Lawatan Rasmi ke KUIPSAS pada hari ini.
Ketibaan beliau disambut oleh Rektor KUIPSAS, YBrs. Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin dan turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato' Dr. Haji Zulkifle Bin Haji Ali Al-Hafiz.
Terdahulu, Rektor KUIPSAS dalam ucapan aluan menyatakan bahawa KUIPSAS sedang mengorak langkah untuk meluaskan jaringan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar lawatan ini dapat mengukuhkan kerjasama pendidikan di antara KUIPSAS dan UAE dengan mempertimbangkan permohonan untuk menaja pensyarah dari negara tersebut bagi membantu perkembangan dalam akademik khususnya bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Arab di KUIPSAS.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok