Graduan KUIPSAS Tamat Pengajian Universiti AL-AZHAR

24 September 2018 (MESIR) - KUIPSAS merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Sdr. Muhammad Syafie Bin Ismail, graduan KUIPSAS yang telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar, Mesir. Syafie melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar hasil pengiktirafan dan MoU yang diperolehi oleh KUIPSAS daripada Universiti Al-Azhar dan membolehkan beliau meneruskan pengajian terus ke tahun tiga di sana. Beliau mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah Dan Undang-Undang Pengkhususan Syariah Islamiyah dalam Kuliah Syariah Dan Undang-Undang di universiti berkenaan.

Syafie yang merupakan graduan KUIPSAS dalam Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Syariah Dan Undang-Undang (2011 - 2014) pernah menjawat jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar KUIPSAS (MPPKUIPSAS) dan merupakan graduan KUIPSAS yang menjadi kumpulan pertama menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir hasil daripada pengiktirafan dan MoU yang dijalinkan.

 

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok