Karya Pelajar Multimedia (Pengiklanan Digital) UnIPSAS Memukau Pengunjung

KUANTAN, 6 Oktober 2025 – Suasana meriah mewarnai Vision Showcase Final Exhibition 2025 di Dewan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS), yang menampilkan karya pelajar Ijazah Sarjana Muda Multimedia (Pengiklanan Digital) dengan Kepujian.

Bertemakan β€œπ˜žπ˜©π˜¦π˜³π˜¦ 𝘊𝘳𝘦𝘒𝘡π˜ͺ𝘷π˜ͺ𝘡𝘺 π˜”π˜¦π˜¦π˜΅π˜΄ 𝘝π˜ͺ𝘴π˜ͺπ˜°π˜―β€, pameran ini mempamerkan hasil reka bentuk digital, video pengiklanan dan projek interaktif yang mencerminkan kreativiti serta inovasi pelajar.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Ahmad Irsyadi bin Abdullah Al-Qari, Ahli Dewan Negeri Pahang merangkap Timbalan Portfolio Belia dan Persatuan NGO, turut serta Naib Canselor UnIPSAS, Profesor Dato’ Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, bersama warga universiti yang hadir memberi sokongan.

Program turut dimeriahkan dengan sesi pemarkahan yang melibatkan Puan Shahrina binti Zainuddin, Senior Lecturer, Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills), dan Puan Nadia binti Mohd Rustham, Marketing Director, Sera Group, selaku panel pemarkahan.

πŸ“ Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

πŸ“ž Phone: +609 553 5555
πŸ“§ Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright Β© 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok