KUIPSAS Hantar Permohonan Tubuh Yayasan

11 Mei 2021 (PUTRAJAYA) - KUIPSAS telah melengkapkan dokumen permohonan untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC). Dokumen tersebut telah dihantar oleh Bendahari KUIPSAS, Hj. Mohd Faizul Bin Abdul Hadi Nor sambil diiringi oleh Pegawai Khas Rektor, En. Wan Emril Nizam bin Wan Embong untuk didaftarkan ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.
Dokumen permohonan tersebut telah diserahkan kepada Puan Fathiah Nazihah Binti Muhamad Adli, Penolong Pengarah, Seksyen Dasar, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
Yayasan Amanah Tuanku Canselor (YATC) ini apabila ditubuhkan secara rasmi nanti akan berperanan dalam memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar KUIPSAS samada pelajar antarabangsa dan tempatan yang memerlukan bagi memastikan mereka dapat mengikuti pengajian dengan lebih sempurna.
📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok