Kursus Ketrampilan Imej Pengurusan KUIPSAS

12 November 2019 (KUANTAN) - Anggota Pengurusan KUIPSAS mengikuti Kursus Pemantapan dan Ketrampilan Imej Profesional selama 2 hari. Kursus diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan Anggota Pengurusan KUIPSAS supaya boleh menampilkan diri dengan lebih profesional sekaligus meningkatkan imej baik KUIPSAS kepada masyarakat.

Kursus dikendalikan oleh MSQ Power Training melalui jurulatihnya iaitu Puan Hajjah Noor Karimah binti Harun dan Ustaz Haji Nor Naemi bin Md Som.

Dalam ucapan aluannya, Rektor KUIPSAS, Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Zawavi bin Zainal Abidin meminta Anggota Pengurusan KUIPSAS sentiasa menitik beratkan penampilan profesional dan ketrampilan diri yang berlandaskan kehendak syarak pada setiap masa. Beliau mengambil contoh peribadi Rasulullah SAW yang sentiasa berketrampilan terbaik dalam setiap urusan harian.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok