Majlis Khatam Al-Quran

28 Mei 2019 (KUANTAN) - Pusat Islam Masjid KUIPSAS hari ini menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi menyemarakkan lagi 10 Akhir Ramadan dengan amalan membaca Al-Quran. Program yang diadakan di Masjid KUIPSAS bermula jam 6.00 petang ini telah disertai oleh pensyarah-pensyarah KUIPSAS serta pelajar-pelajar Kelas Tahsin AL-Quran Masjid KUIPSAS.

Majlis ini diadakan sebagai penutup kepada aktiviti Tadarus Al-Quran yang disertai oleh pensyarah dan kakitangan KUIPSAS pada setiap pagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Imam Masjid KUIPSAS iaitu Ustaz Mohd Khairi. Majlis turut dihadiri oleh Rektor, Timbalan-Timbalan Rektor, Pendaftar dan Dekan-Dekan Fakulti.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok