Majlis Konvokesyen Asasi Sastera dan Asasi Sains Kemanusiaan

14 Mac 2023 (KUANTAN) -Seramai 103 graduan Asasi Sains Kemanusiaan dan Asasi Sastera diraikan dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan pada 14 Mac 2023 di Dewan SAS, Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Majlis konvokesyen yang julung kali diadakan ini menggabungkan empat sesi pengajian dari tahun 2019 hingga 2021 susulan penularan pandemik Covid 19.

YH. Prof. Madya Dato' Dr. Haji Mohd Zawavi bin Zainal Abidin, Naib Canselor UnIPSAS telah menyempurnakan penganugerahan sijil serta menyampaikan anugerah kepada graduan cemerlang. Lebih 80 peratus dari graduan Asasi ini telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang pengajian di UnIPSAS.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok