Majlis Menandatangani MoU UnIPSAS dan Universiti Mu'tah Jordan

10 OGOS 2022 (ON-LINE) - UnIPSAS perbaharui Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Universiti Mu'tah, Jordan bagi membolehkan pelajar lepasan Diploma UnIPSAS menyambung pengajian di Universiti Mu'tah, Jordan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Pelajar Lepasan Diploma UnIPSAS yang menyambung pengajian di Universiti Mu'tah, Jordan akan terus mengikuti pengajian pada tahun ke-2 atau tahun ke-3.

Selain itu, MoU ini juga bertujuan untuk bekerjasama dalam pertukaran jangka pendek tenaga akademik bagi tujuan pendidikan dan pembelajaran.

MoU ini turut membolehkan program mobiliti dilaksanakan kepada pelajar-pelajar di antara kedua-dua institusi dan juga menjalinkan kerjasama dalam bidang kajian dan penyelidikan.

📍 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
[ Dahulu dikenali Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ]

📞 Phone: +609 553 5555
📧 Email: pro@uniqsaas.edu.my
Copyright © 2026 Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang. All Rights Reserved.
crosschevron-downchevron-leftchevron-right
ms_MYMalay
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram tiktok